jengcoil

 
Hubungi Saya
PM Saya
Send me a message
Tentang Blog Ini
Sebuah blog informatif yang mengumpul info-info yang menarik dan bercorak ilmiah.
Iklan Google
Download
Search Result
Blogging
Blog adalah satu jenis web yang dikategorikan sebagai online journal atau pun online diary. Ianya berkonsepkan post atau artikel yang berbentuk kronologi atau bersiri. Dalam bahasa yang lebih senang, post yang lama akan berada di bawah post yang terbaru dan begitulah seterusnya.
SMK Dato' Ismail
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ismail yang dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Menengah Semerak, dibuka pada tahun 1965 dengan menumpang di bangunan sekolah Kebangsaan Cherang Ruku. Pada masa ia dibuka, muridnya terdiri daripada dua kelas tingkatan satu. Bilangan pelajarnya 67 orang dan bilangan gurunya seramai 3 orang. pada masa itu, SMS terkenal dengan panggilan Sekolah Aneka Jurusan. Pada tahun 1966, SMS telah mempunyai bangunan sendiri di tapak yang ada sekarang ini iaitu di Gong Kedak. Nama Sekolah Menengah Semerak digunakan sejak tahun 1967.
Counter
Blogging - Apa itu blog dan bagaimana nak buat blog
Friday, May 23, 2008

Blog adalah satu jenis web yang dikategorikan sebagai online journal atau pun online diary. Ianya berkonsepkan post atau artikel yang berbentuk kronologi atau bersiri. Dalam bahasa yang lebih senang, post yang lama akan berada di bawah post yang terbaru dan begitulah seterusnya.Blog menggunakan bahasa php web programming kerana ianya melibatkan database untuk meyimpan post/artikel.

Blog telah pun lama bertapak di internet sebagai satu medium untuk seseorang individu atau organisasi itu untuk memaparkan penulisan yang berkisar tentang kisah hidup, luahan rasa, berita, catatan perjalanan/pengembaraan, mempromosikan produk/servis, resume dan seterusnya untuk suka-suka.

Untuk menghasilkan blog, terdapat dua cara iaitu menghasilkannya sendiri(memerlukan kepakaran dalam bidang membuat web dan php programming) atau menggunakan khidmat blog provider secara percuma(lebih mudah dan tidak memerlukan kepakaran dalam bidang membuat web dan php programming).

Di antara laman web yang menyediakan khidmat blog secara percuma ialah (2 ni yang paling popular):


Blogger - Milik Google.com
Wordpress

Kelebihan blogger

  • Percuma.
  • Mudah untuk mendaftar.
  • Control panel yang ringkas dan mudah digunakan.
  • Boleh upload gambar dalam control panel.
  • Boleh mengubahsuai template secara bebas(Boleh guna CSS,DHTML,AJAX).
  • Turut mempunyai categories tetapi masih dalam peringkat BETA dan hanya user yang bertuah saja boleh dapat.
  • Mempunyai archieves iaitu tempat di mana post-post lama disimpan mengikut bulan.

Kelemahan blogger

  • Hanya pengunjung yang mempunyai akaun blogger sahaja dapat memberikan komen untuk post blogger lain.

Kelebihan Wordpress

  • Percuma tetapi untuk mengubahsuai template, perlu membayar USD25 untuk upgrade
  • Mudah untuk mendaftar.
  • Control panel yang komprehensif.
  • Mempunyai Categories iaitu setiap post dibahagikan mengikut kategori masing-masing.
  • Mempunyai Pages iaitu page yang dapat diisi dengan custom content mengikut kemahuan user seperti about,links dan apa-apa yang sesuai.
  • Mempunyai archieves iaitu tempat di mana post-post lama disimpan mengikut bulan.
  • Pengunjung tidak perlu mempunyai akaun wordpress untuk memberikan komen.
  • Setiap komen yang diberikan oleh pengunjung boleh di’moderate’.

Kelemahan Wordpress

  • Tidak sesuai untuk newbies. Tetapi tidak memerlukan masa yang panjang sekiranya hendak belajar menggunakannya.
  • Tidak dapat mengubahsuai template, perlu upgrade dan membayar sebanyak USD25 untuk unlock fungsi edit template.

Pesanan penting:
Sebelum anda mendaftar, pastikan anda telah pun mempunyai konsep dan untuk apa blog anda dibuat. Ini penting kerana semasa mendaftar, domain atau pun alamat blog anda adalah berdasarkan username akaun anda.contoh:

Blogger: nama_akaun_anda.blogspot.com
Wordpress: nama_akaun_anda.wordpress.com

Jadi apa tunggu lagi, buat anda yang berminat untuk mencuba, daftarlah sekarang. Sekiranya ada apa-apa kekurangan atau kesilapan di dalam artikel ini, diharap anda dapat memberikan komen dan teguran.

Sekian terima kasih.

Assalamualaikum…



posted by Azmi Shamsuddin @ 8:36 PM  
1 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Azmi Shamsuddin
Home: Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia
About Me: saya seorang pelajar ting 2 di smk dato ismail, p.puteh kelantan.. saya anak kelima dari 5 orang adik beradik.
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Powered by

BLOGGER

© 2005 jengcoil Blogspot Template by Isnaini Dot Com